17 June 2010

Bangun pagi dengan harapan sinar mentari itu dapat memberikan senyuman seikhlas hati, tapi malangnya kepala berpusing-pusing 180 darjah. Ni semua salah sendiri apabila diri dengan berlagak dan degilnya berkeras nak tido di sofa dengan ditemani laptop sebelum mak mengejutkan dengan ekstremnye suruh masuk bilik tido. Fuhh, cukup satu nafas. Dan hasilnya, kepala berdenyut-denyut macam lampu otromen yg nak hilang kuasa tu.

Di awal pagi tu jugak, kakak aku mengkhabarkan satu berita yg bagi aku, agak mengejutkan. Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim. Mungkin ada sabab musababnye kot. Aku yg agak terkejut kononnya dengan berita tu terus mencapai pisang goreng dan melantaknya dengan rakus tanpa membasuh muka dan menggosok gigi lantas menuturkan ayat ini kepada anak sedara yang baru berumur 6bulan, "Wafi jgn ikut perangai makcik Wafi yang tak senonoh ni." Ok, nasihat yang sangat berkesan. Budak tu pun buat muka tak berkenan dengan perangai makciknya ni. Huaaa~

Masuklah bahagian isi. (-_-)" A dan En B berbual mengenai hal tanah,bla,bla,bla, yang aku sendiri taktau hujung pangkal. A keluar dengan statement 'orang Z ni kata en B bomohkan dia sebab sekarang mata orang Z ni dah menyepet.' HAH??? en B bomohkan orang Z sampai mata die jadi sepet? Lawak kot. Setau aku, orang bomohkan orang teruk-teruk. Taknah lagi jumpa kes macam ni. Weh2, jangan buat cerita dan pitnah wei. Tak baik sungguh. Cube g jumpe doktor ape masalah mate awak tu. Mana tau kena gigit charlie ke, pernah ngintai org ke, eh, sakit mata ke. Ni buat spekulasi dibomohkan plak. Huiii~ Percayalah dengan kuasa Allah yang boleh melakukan sesuatu yang di luar jangkaan kita kerana Allah tu kan berkuasa.

Tu je la nak membebel. Bebel banyak2 pun tak elok *Eh?* Dengar citer Spain kalah dengan Switzerland. Sungguh??

14 June 2010

Judi oh Judi

Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik: Tun M

KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

Petikan daripada Berita Harian Online

Judi ni dah lama ada dekat Malaysia ni. Buktinya, Genting Highland dan Sport Toto.Judi itu haram bersebab, bukan suka-suka. Kalau dibaca dan diperhatikan, judi tidak membawa kekayaan yang mutlak kepada seseorang tu. Kebanyakannya menyebabkan kesengsaraan kepada pejudi2 itu sendiri. Cuba bagitahu aku berapa banyak orang yang tiap2 hari beratur di Sport Toto dan Magnum pagi-pagi tu yang jadi kaya? Kalau setiap seorang yang beli nombor tu menang seribu seminggu, maka, kayalah orang di Malaysia ni. Oleh sebab yang demikian, tidak ada sebabnya judi dibolehkan. Kalau masa boleh dibawa ke belakang kembali, aku nak genting Highland itu terkenal dengan Kota keseronokan tanpa kasino terbesar di Asia dan Sport Toto itu menjual toto tempat tidur berubat yang boleh dibawa hiking dan camping.

Larangan di dalam Islam bukanlah hanya untuk kebaikan orang Islam sahaja, tetapi menyeluruh untuk semua orang. Arak, contohnya, tak baik utuk kesihatan dan ini diakui oleh pensyarah aku yang bukan Islam. Tak salah kan kalau kita nak memberi kebaikan kepada orang lain?

This is just my two cents opinion. Tiada langsung melibatkan bangsa atau agama. Ye, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama which i am really proud of it because we still can sit and chat together despite those differences. Jangan jadikan perbezaan itu satu alat untuk menghasilkan api kebencian, tetapi jadikanlah ia sebagai kunci untuk menyatukan.

Diulangi, this is just my opinion which i am free to speak it up, same goes to others. Jadi, jangan saman saya atau apa2. Saya ni penjagung tegar di rumah yang hanya pandai menghabiskan duit mak ayah. Oh, saya lebih suka menghadap laptop dan internet daripada berbaris di kedai2 membeli nombor, sebab kat internet ni, saya dapat lebih banyak nombor. :D

12 June 2010

Hujan rintik-rintik di luar......
Bulu kening dan tengkuk meremang.......
Kaki sudah digigit nyamuk dan nyamuk-nyamuk itu juga sudah kenyang........
Angkat bantal dan selimut, mari tido......
huuuuuu~ serem~

p/s: Azam saya pada malam ini adalah menghasilkan pos yang sepanjang 5 baris ayat pada masa hadapan. Lagi pendek lagi bagus. Kita nantikan