Meter kereta menunjukkan tanda kelajuan sudah mencecah 90km sejam. Namun, apabila ada kereta yang lebih laju mendesup memotong tanpa memberikan sebarang isyarat, dek kerana geram, ditekan pedal minyak naik ke 110km sejam. Tidak dikira keselamatan diri. Darah muda yang panas membara diikutkan, lalu berlakulah perlumbaan jalanan yang tidak memberikan apa-apa kesan melainkan keburukan sahaja.
Kejadian lain, sebuah kereta mewah tiba-tiba masuk ke laluan sebelah kanan tanpa memberikan isyarat lampu menyebabkan pemandu di belakangnya terpaksa menekan brek secara mengejut. Lalu berlakulah ngomelan tidak enak dilemparkan kepada pemandu kereta mewah tersebut yang mungkin pada dasarnya adalah bijak pandai jika dinilai hanya dari kereta yang dipakai.
Benarlah kata orang ke kata aku yang perangai orang itu akan berubah apabila tangan yang dua itu memegang stereng kereta. Kalau di luar kereta, perangai lemah lembut, sopan santun, baik budi pekerti, pendiam sahaja. Tapi bila sahaja stereng berada di genggaman, terbang semua nilai-nilai murni itu dihembus angin kencang yang masuk dari tingkap kereta. Terus hilang tidak terkesan. Bolehkah dinilai seseorang itu melalui pemanduannya?Hmmmm....teringat kata-kata seorang penceramah di tv. Seorang yang baik dan beriman, walau di mana sahaja berada, beliau akan sabar menghadapi setiap keadaan yang melanda, hatta di dalam kereta seorang diri pun.
Jadi, jikalau nak marah bilamana ada kereta yang sesat nak masuk line anda, silalah berfikir 5 sebab kenapa nak marah, dan kemudian fikirkan kembali, mungkin kita pernah berbuat perkara yang sama kepada orang lain. Bak kata Prof Muhaya, cuba muhasabah diri balik apabila kita dikelilingi orang-orang yang negatif. Mungkin kita sendiri yang negatif. Dan paling penting, bila nak marah, ingatkan diri, kalau Rasullullah s.a.w ada di samping kita, sanggupkah kita menunjukkan sifat mazmumah tersebut? Mesti langsung tak sanggup kan.
Sekarang sedang berusaha dengan giat untuk mengurangkan kecaman-kecaman hebat kepada pemandu lain, sebab bila memandu berseorangan, membebel sendiri seperti orang kedua yang menemani. Balik ke kampung kelmarin, saya menjadi orang yang sedikit sahaja baik. Moga berterusan, insyaAllah :)
Eh, kan dah cakap rajin nak balik kampung walaupun projek tak mula lagi.
27 February 2013
24 February 2013
Rajin
Rajin ini sifat mahmudah. Lawannya malas. Kemalasan itu adalah satu virus yang kalau dibiarkan boleh merosakkan diri. Ye, sifat yang secara amnya ada pada setiap orang. Yang membezakan sama ada sedikit atau banyak.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Internet tak rajin nak beli dan bukak kamus besar tu oiii , rajin bermaksud tekun, bersungguh-sungguh, gigih dan giat. Contoh ayat untuk perkataan rajin tersebut adalah: Norliyana seorang budak yang rajin. Dia sangat ringan tulang dalam membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Perkataan yang dihitamkan itu adalah perkataan yang digunakan untuk hari ini. Manakala perkataan yang disengetkan adalah peribahasa yang boleh digunakan hari-hari. Bahasa Inggerisnya, rajin dapat diterjemahkan kepada hardworking, diligent, industrious. Ini semua boleh dirujuk ke laman web makcik merriam. Ate, kalau bahasa inggeris tunggang langgang macam mike, kenela bukak juge.
Oleh kerana hari ini berasa terlebih rajin, saya telah mengemas apa-apa yang patut kat blog ni. Ye, dulunya sangat comot, caca marba, tapi sekarang, sudah kurang sedikiiiit kecomotannya. Ada tulisan-tulisan yang serasanya perlu dibuang dan dinyahkan terus dari alam maya ini, tapi perasaan sayang membelenggu diri. Rajin juga hari ini apabila membuat keputusan untuk menggerakkan jari-jari yang dua ini hanya dua sahaja yg digunakan untuk menaip dan membuat pos mengenai betapa rajinnya saya pada hari ini. Tidak, bukan riak atau takbur. Jauh sekali. Rajin juga apabila berusaha membersihkan folder-folder dalam laptop dan menamakannya semula untuk kemudahan masa hadapan.
Tepuk bahu sendiri kuat-kuat sebagai motivasi diri untuk menjadi lebih rajin. Tepuk bahu sendiri kuat-kuat lagi untuk bangun dari couch dan isi borang yang perlu dihantar esok dan menyusun baju. Kata rajin nak balik rumah minggu ni.
Sekian.

06 October 2010
Sinis
Achoo~!!! Maafla, hidung tak berapa nak sihat, asek kembang kempis je. Ni semua penangan angin laut dan ombak besar serta pasir mencoklat langsat Teluk Batikla ni. Takpe2, aku akan tetap terus menekan kekunci laptop ni dengan bergaya walau ada bendalir yang mengalir menuruni rongga hidung terus ke pos ni. *Lap-lap.*
Waktu zaman kita masih-main kawen2 dulu, cikgu kelas selalu tanya kita apa cita2 kita bila besar nanti. Jenuh mengisi borang tu tiap tahun. Sebelum isi borang, siap tanya kawan ko nak jadi apa. 'Eh, polis aku pun nak jadi polis gakla, tapi mak aku suruh aku jadi doktor bila besar macam mane ni,ala-ala.' Bila cikgu suruh cakap depan kawan2 kat depan kelas cita-cita kita tu, mulalah. 'Em, saya,em,saya,em,nak jadi, em,em,*sambil tengok lantai dan kuis2 sampah ngan kaki* doktor.' Dengan tocang rambut kiri kanan, anting-anting sepanjang-panjang, cikgu itu mendapat gambaran masa hadapan yang budak itu bakal menjadi model.
Tak ramai yang bercita-cita menjadi ahli politik, kan? Jadi, bagi menyahut seruan diri sendiri yang tak bekerja ini, saya dengan ini mengisytiharkan cita-cita saya sebagai ahli politik. Bagi melatih gaya bercakap dan bahasa pertuturan saya agar lebih mantap, saya sudah menyediakan teks ucapan pemilihan saya. Cita2 kena tinggi, angan2 kena membukit, ayat kena mengancam.
"Tuan2 dan Puan. Undilah saya, calon terhebat masa kini yang sangat sesuai dengan peredaran zaman globalisasi ini. Tuan2 dan puan2 pasti tidak akan ketinggalan dengan berita2 terkini lagi sensasi serta gosip2 pns artis. Saya suka benar memburuk2kan orang lain. Bukan takat orang lain saya burukkan, saya sendiri pun kadang2 tak terlepas dari pemberu,eh pemburukan itu.Tidak seperti calon lain yang menaburkan janji manis, saya tak akan bagi apa2.Tapi, kalau encik2 nak jalan baru, tahun depan undilah saya lagi. Saya akan makan gaji buta sahaja. Saya berterus terang ni bukan nak kata apa, saya takmau makan duit curik. Ni saya dah bagitau, harapla encik2 semua faham. Barang2 akan saya naikkan harga agar encik semua berjimat cermat. bukankah berjimat cermat itu bagus?Jadi, undilah saya wahai encik2 sekalian. Tidak rugi rasanya. Oh, jikalau tuan2 mahu melihat artis tuuut di kawasan kita ini, encik2 memang perlu mengundi saya. Artis tuuut tu dah janji, kalau saya jadi yang berhormat kawasan kita ni, die akan kahwin saya."
Eh, ni siapa punya teks ni. Aku tak tulis teks ni. Woii, teks ucapan siapa ni. Baik mengaku cepat!! Achoo~!!! Ops, maaf. Terkena mukus saya. Sikit je ni. Achoo~!! Maaf2, nanti saya taip balik.
p/s: Penat bercanda di Teluk Batik belum habis lagi, jadi, walaupun tadi bercadang nak buat pos pasal TB, terus xjadi. Mood TB itu belum hilang, jadi takleh kongsi ;P

03 October 2010
Kerja Oh Kerja ohh~~
Bulan Oktober sudah datang menjelma.Bulan Syawal bakal berakhir seminggu lagi, tapi aku masih terperuk di rumah. Bukan tidak mahu keluar bekerja membanting tulang, tetapi apakan daya, kerja yang diminta dan dinantikan tidak kunjung tiba. Posmen seperti tidak mahu menjengah pintu rumah aku. Tahulah aku tak hidangkan ribena atau sarsi, hanya segelas air sirap ros merah. Sirap lain tak best. haiii~~~
Pos saya bulan ini nadanya melankolik sedikit, sesuai dengan keadaan diri yang kusut masai dan serabut serabai. Air pili takde hari ni, cume guna air kolah je. Sejuk. Jadi, malas mandi lalu jadilah kejadian yang kusut masai itu.
Entahla, bukan tak mencari, bukan tak mengisi, mungkin cuma rezeki belum ada. Enche Azim sudah mendapat kerja sebagai field biologist di melaka. Kurangla sorang kawan aku yang menganggur dan kurangla satu pemohon dan calon yang bakal mengisi jawayan kosong yang ada nanti. Lalu, kebarangkalian dan peratusan untuk aku mengisi tempat tersebut akan naik 0.001%. Wah, bagus itu. Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada enche azim atas pelantikannya.
Dengan semangat mahu bekerja dan mencari duit tambahan untuk berkahwin, eh, mengisi poket yang hampir berdebu ini, aku dengan berani dan semangatnya mahu ke Career Fair kat Key Ell minggu ni. Konon nak carik kerja yang bersesuaian. Mintak permisi/ izin dari ayah nak pergi, ini jawapan beliau. " Buat apa kerja makan gaji. Baik kerja sendiri. Duduk rumah. Ayah boleh bagi ko rm300 sebulan. Takyah carik kerja. Nanti reban ayam satu lagi tu siap, ko jaga." Okey, jangan blame saya kalau saya masih di depan komputer ini menaip pos ini. hahaha~ luv u daddy <3
p/s: pos hari ini dibuat dengan tujuan ingin mengelakkan tikus dari bersarang di sini. Cik Mash suruh kemas, polish dan jaga sikit blog ni. hehehe~
Pos saya bulan ini nadanya melankolik sedikit, sesuai dengan keadaan diri yang kusut masai dan serabut serabai. Air pili takde hari ni, cume guna air kolah je. Sejuk. Jadi, malas mandi lalu jadilah kejadian yang kusut masai itu.
Entahla, bukan tak mencari, bukan tak mengisi, mungkin cuma rezeki belum ada. Enche Azim sudah mendapat kerja sebagai field biologist di melaka. Kurangla sorang kawan aku yang menganggur dan kurangla satu pemohon dan calon yang bakal mengisi jawayan kosong yang ada nanti. Lalu, kebarangkalian dan peratusan untuk aku mengisi tempat tersebut akan naik 0.001%. Wah, bagus itu. Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada enche azim atas pelantikannya.
Dengan semangat mahu bekerja dan mencari duit tambahan untuk berkahwin, eh, mengisi poket yang hampir berdebu ini, aku dengan berani dan semangatnya mahu ke Career Fair kat Key Ell minggu ni. Konon nak carik kerja yang bersesuaian. Mintak permisi/ izin dari ayah nak pergi, ini jawapan beliau. " Buat apa kerja makan gaji. Baik kerja sendiri. Duduk rumah. Ayah boleh bagi ko rm300 sebulan. Takyah carik kerja. Nanti reban ayam satu lagi tu siap, ko jaga." Okey, jangan blame saya kalau saya masih di depan komputer ini menaip pos ini. hahaha~ luv u daddy <3
p/s: pos hari ini dibuat dengan tujuan ingin mengelakkan tikus dari bersarang di sini. Cik Mash suruh kemas, polish dan jaga sikit blog ni. hehehe~17 June 2010
Bangun pagi dengan harapan sinar mentari itu dapat memberikan senyuman seikhlas hati, tapi malangnya kepala berpusing-pusing 180 darjah. Ni semua salah sendiri apabila diri dengan berlagak dan degilnya berkeras nak tido di sofa dengan ditemani laptop sebelum mak mengejutkan dengan ekstremnye suruh masuk bilik tido. Fuhh, cukup satu nafas. Dan hasilnya, kepala berdenyut-denyut macam lampu otromen yg nak hilang kuasa tu.
Di awal pagi tu jugak, kakak aku mengkhabarkan satu berita yg bagi aku, agak mengejutkan. Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim. Mungkin ada sabab musababnye kot. Aku yg agak terkejut kononnya dengan berita tu terus mencapai pisang goreng dan melantaknya dengan rakus tanpa membasuh muka dan menggosok gigi lantas menuturkan ayat ini kepada anak sedara yang baru berumur 6bulan, "Wafi jgn ikut perangai makcik Wafi yang tak senonoh ni." Ok, nasihat yang sangat berkesan. Budak tu pun buat muka tak berkenan dengan perangai makciknya ni. Huaaa~
Masuklah bahagian isi. (-_-)" A dan En B berbual mengenai hal tanah,bla,bla,bla, yang aku sendiri taktau hujung pangkal. A keluar dengan statement 'orang Z ni kata en B bomohkan dia sebab sekarang mata orang Z ni dah menyepet.' HAH??? en B bomohkan orang Z sampai mata die jadi sepet? Lawak kot. Setau aku, orang bomohkan orang teruk-teruk. Taknah lagi jumpa kes macam ni. Weh2, jangan buat cerita dan pitnah wei. Tak baik sungguh. Cube g jumpe doktor ape masalah mate awak tu. Mana tau kena gigit charlie ke, pernah ngintai org ke, eh, sakit mata ke. Ni buat spekulasi dibomohkan plak. Huiii~ Percayalah dengan kuasa Allah yang boleh melakukan sesuatu yang di luar jangkaan kita kerana Allah tu kan berkuasa.
Tu je la nak membebel. Bebel banyak2 pun tak elok *Eh?* Dengar citer Spain kalah dengan Switzerland. Sungguh??
Di awal pagi tu jugak, kakak aku mengkhabarkan satu berita yg bagi aku, agak mengejutkan. Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim. Mungkin ada sabab musababnye kot. Aku yg agak terkejut kononnya dengan berita tu terus mencapai pisang goreng dan melantaknya dengan rakus tanpa membasuh muka dan menggosok gigi lantas menuturkan ayat ini kepada anak sedara yang baru berumur 6bulan, "Wafi jgn ikut perangai makcik Wafi yang tak senonoh ni." Ok, nasihat yang sangat berkesan. Budak tu pun buat muka tak berkenan dengan perangai makciknya ni. Huaaa~
Masuklah bahagian isi. (-_-)" A dan En B berbual mengenai hal tanah,bla,bla,bla, yang aku sendiri taktau hujung pangkal. A keluar dengan statement 'orang Z ni kata en B bomohkan dia sebab sekarang mata orang Z ni dah menyepet.' HAH??? en B bomohkan orang Z sampai mata die jadi sepet? Lawak kot. Setau aku, orang bomohkan orang teruk-teruk. Taknah lagi jumpa kes macam ni. Weh2, jangan buat cerita dan pitnah wei. Tak baik sungguh. Cube g jumpe doktor ape masalah mate awak tu. Mana tau kena gigit charlie ke,
Tu je la nak membebel. Bebel banyak2 pun tak elok *Eh?* Dengar citer Spain kalah dengan Switzerland. Sungguh??
14 June 2010
Judi oh Judi
Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik: Tun M
KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata. Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
Petikan daripada Berita Harian Online
Judi ni dah lama ada dekat Malaysia ni. Buktinya, Genting Highland dan Sport Toto.Judi itu haram bersebab, bukan suka-suka. Kalau dibaca dan diperhatikan, judi tidak membawa kekayaan yang mutlak kepada seseorang tu. Kebanyakannya menyebabkan kesengsaraan kepada pejudi2 itu sendiri. Cuba bagitahu aku berapa banyak orang yang tiap2 hari beratur di Sport Toto dan Magnum pagi-pagi tu yang jadi kaya? Kalau setiap seorang yang beli nombor tu menang seribu seminggu, maka, kayalah orang di Malaysia ni. Oleh sebab yang demikian, tidak ada sebabnya judi dibolehkan. Kalau masa boleh dibawa ke belakang kembali, aku nak genting Highland itu terkenal dengan Kota keseronokan tanpa kasino terbesar di Asia dan Sport Toto itu menjual toto tempat tidur berubat yang boleh dibawa hiking dan camping.
Larangan di dalam Islam bukanlah hanya untuk kebaikan orang Islam sahaja, tetapi menyeluruh untuk semua orang. Arak, contohnya, tak baik utuk kesihatan dan ini diakui oleh pensyarah aku yang bukan Islam. Tak salah kan kalau kita nak memberi kebaikan kepada orang lain?
This is just my two cents opinion. Tiada langsung melibatkan bangsa atau agama. Ye, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama which i am really proud of it because we still can sit and chat together despite those differences. Jangan jadikan perbezaan itu satu alat untuk menghasilkan api kebencian, tetapi jadikanlah ia sebagai kunci untuk menyatukan.
Diulangi, this is just my opinion which i am free to speak it up, same goes to others. Jadi, jangan saman saya atau apa2. Saya ni penjagung tegar di rumah yang hanya pandai menghabiskan duit mak ayah. Oh, saya lebih suka menghadap laptop dan internet daripada berbaris di kedai2 membeli nombor, sebab kat internet ni, saya dapat lebih banyak nombor. :D
12 June 2010
Hujan rintik-rintik di luar......
Bulu kening dan tengkuk meremang.......
Kaki sudah digigit nyamuk dan nyamuk-nyamuk itu juga sudah kenyang........
Angkat bantal dan selimut, mari tido......
huuuuuu~ serem~
p/s: Azam saya pada malam ini adalah menghasilkan pos yang sepanjang 5 baris ayat pada masa hadapan. Lagi pendek lagi bagus. Kita nantikan

Subscribe to:
Posts (Atom)