17 June 2010

Bangun pagi dengan harapan sinar mentari itu dapat memberikan senyuman seikhlas hati, tapi malangnya kepala berpusing-pusing 180 darjah. Ni semua salah sendiri apabila diri dengan berlagak dan degilnya berkeras nak tido di sofa dengan ditemani laptop sebelum mak mengejutkan dengan ekstremnye suruh masuk bilik tido. Fuhh, cukup satu nafas. Dan hasilnya, kepala berdenyut-denyut macam lampu otromen yg nak hilang kuasa tu.

Di awal pagi tu jugak, kakak aku mengkhabarkan satu berita yg bagi aku, agak mengejutkan. Sultan Brunei menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim. Mungkin ada sabab musababnye kot. Aku yg agak terkejut kononnya dengan berita tu terus mencapai pisang goreng dan melantaknya dengan rakus tanpa membasuh muka dan menggosok gigi lantas menuturkan ayat ini kepada anak sedara yang baru berumur 6bulan, "Wafi jgn ikut perangai makcik Wafi yang tak senonoh ni." Ok, nasihat yang sangat berkesan. Budak tu pun buat muka tak berkenan dengan perangai makciknya ni. Huaaa~

Masuklah bahagian isi. (-_-)" A dan En B berbual mengenai hal tanah,bla,bla,bla, yang aku sendiri taktau hujung pangkal. A keluar dengan statement 'orang Z ni kata en B bomohkan dia sebab sekarang mata orang Z ni dah menyepet.' HAH??? en B bomohkan orang Z sampai mata die jadi sepet? Lawak kot. Setau aku, orang bomohkan orang teruk-teruk. Taknah lagi jumpa kes macam ni. Weh2, jangan buat cerita dan pitnah wei. Tak baik sungguh. Cube g jumpe doktor ape masalah mate awak tu. Mana tau kena gigit charlie ke, pernah ngintai org ke, eh, sakit mata ke. Ni buat spekulasi dibomohkan plak. Huiii~ Percayalah dengan kuasa Allah yang boleh melakukan sesuatu yang di luar jangkaan kita kerana Allah tu kan berkuasa.

Tu je la nak membebel. Bebel banyak2 pun tak elok *Eh?* Dengar citer Spain kalah dengan Switzerland. Sungguh??

14 June 2010

Judi oh Judi

Bantahan lesen judi bola lebih bersifat politik: Tun M

KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.

Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

Petikan daripada Berita Harian Online

Judi ni dah lama ada dekat Malaysia ni. Buktinya, Genting Highland dan Sport Toto.Judi itu haram bersebab, bukan suka-suka. Kalau dibaca dan diperhatikan, judi tidak membawa kekayaan yang mutlak kepada seseorang tu. Kebanyakannya menyebabkan kesengsaraan kepada pejudi2 itu sendiri. Cuba bagitahu aku berapa banyak orang yang tiap2 hari beratur di Sport Toto dan Magnum pagi-pagi tu yang jadi kaya? Kalau setiap seorang yang beli nombor tu menang seribu seminggu, maka, kayalah orang di Malaysia ni. Oleh sebab yang demikian, tidak ada sebabnya judi dibolehkan. Kalau masa boleh dibawa ke belakang kembali, aku nak genting Highland itu terkenal dengan Kota keseronokan tanpa kasino terbesar di Asia dan Sport Toto itu menjual toto tempat tidur berubat yang boleh dibawa hiking dan camping.

Larangan di dalam Islam bukanlah hanya untuk kebaikan orang Islam sahaja, tetapi menyeluruh untuk semua orang. Arak, contohnya, tak baik utuk kesihatan dan ini diakui oleh pensyarah aku yang bukan Islam. Tak salah kan kalau kita nak memberi kebaikan kepada orang lain?

This is just my two cents opinion. Tiada langsung melibatkan bangsa atau agama. Ye, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama which i am really proud of it because we still can sit and chat together despite those differences. Jangan jadikan perbezaan itu satu alat untuk menghasilkan api kebencian, tetapi jadikanlah ia sebagai kunci untuk menyatukan.

Diulangi, this is just my opinion which i am free to speak it up, same goes to others. Jadi, jangan saman saya atau apa2. Saya ni penjagung tegar di rumah yang hanya pandai menghabiskan duit mak ayah. Oh, saya lebih suka menghadap laptop dan internet daripada berbaris di kedai2 membeli nombor, sebab kat internet ni, saya dapat lebih banyak nombor. :D

12 June 2010

Hujan rintik-rintik di luar......
Bulu kening dan tengkuk meremang.......
Kaki sudah digigit nyamuk dan nyamuk-nyamuk itu juga sudah kenyang........
Angkat bantal dan selimut, mari tido......
huuuuuu~ serem~

p/s: Azam saya pada malam ini adalah menghasilkan pos yang sepanjang 5 baris ayat pada masa hadapan. Lagi pendek lagi bagus. Kita nantikan

06 April 2010

Monday blue

Perut aku hari ni kurang meragamnya. Walaupun aku tak breakfast atau lunch pun, perut masih steady. Setakat bunyik ala-ala dangdut pecah-stadium-sebab gelek-inul tu, biasala. Rutin harian dia dah. Kalau orang sebelah dengar, nescaya orang itu akan memandang aku dengan pandangan, "woi,ko kentut aa?" Maka, aku akan membalas dengan pandangan suci yang bermakna, "Maafla,perut lapar. Ape macam?Nak belanja?"

Menaip dengan memeras ugut otak sambil ditemani internet sangat memerlukan daya tahan badan yang tinggi. Kalau tak, setiap seminit pesbuk. Setap seminit, youtube. Lepas tu salahkan idea sebab tersekat dekat hujung sinaps tu, tak mau jadi impuls. Ohh, sangat menarik.

Minda berfungsi dengan adanya tenaga dari perut. Jadi, dengan tak banyak cakapnya, aku merentap sweater cokelat hood berbelang2 aku dan mencapai helmet merah calar balar tu menuju moto Ex5 ntah sapa2 ntah aku songlap. Hujan yang turun renyai2 menambahkan gaya mutu keunggulan seorang penunggang motor berkaliber seperti aku.

Sampai-sampai kat tesco, jenuhla aku mencarik parking. Parking moto bukan banyak macam parking kereta. Dahla seciput, jauh2 pulak tu. Tak cukup dengan tu, takde bumbung. Haii..Macam mana kami penunggang motor nak maju kalau parking motor pun cikai2? *ok,xde kena-mengena* Carik punya carik, aku nampak satu port parking moto bawah pokok yang nampak redup. Takla basah sangat moto kalau hujan lebat nanti. Aku pun memereh minyak dan menuju ke tempat itu.

Bak kata orang-orang tua, malang tak bau. Tapi, malang aku berbau. Kereta pakcik yang ingin menghentam aku dengan bontot keretanya mengeluarkan bau2 asap karbon monoksida. haii..Nampaknye kena mandi air karburetor ngan enjin dicampur dengan 5 jenis ekzos dan 2 biji lampu belakang ni. Selalu sangatla nak eksiden nye.

Monday blue kot? Tapi aku nampak kuning je hari. Tak blue sangat pun.

02 February 2010

Dunia Hari ini

Saya sebenarnya sangat malas membaca suratkhabar semenjak krisis politik yang bagi saya,agak mengarut tu berlaku. Saya juga malas nak baca benda2 yang bagi perempuan lemah macam saya ni, sangat ganas. Scene yang dulunya hanya boleh ditonton dalam tv atau citer sekarang dah diadaptasikan ke dunia sebenar. Bravo sangat2.

Kadang2,kite kena jugak baca paper. Jadi disebabkan cik mel telah mewakafkan paper metro dia dekat lab patho tu, aku tumpang sekaki*eh,sepasang mata* la membaca. Tau jela metro kan?Berita utama dia mesti something yang sangat kontroversi.

Okey,saya bukan nak cerita pasal kecenderungan metro menyiarkan cerita2 macam tu. Biarla, dia nak buat duit. Tertarik dengan ragam orang zaman sekarang. Menggeleng mengenangkannya. Mungkin aku*saya mempunyai masalah identiti, kejap aku,kejap saya* tak sebaik mana pun nak mengutuk atau mengata, cuma moga dapat menjadi ingatan.

Dunia hari ni, manusia tak kisah dengan apa orang kata. Bagi dia,kalau dia rasa betul,betul la tu. Baik,saya pun macam tu. Selagi saya yakin yang benda yang saya buat tu tak bertentangan dengan agama dan tidak memalukan keluarga, saya akan buat. Tapi, kalau kerja anda itu menjual tubuh dan maruah, itu kerja betul ke??ok, saya tak faham,i'm not in your shoes. Saya tak rasa peritnya membesarkan anak2 tanpa seorang lelaki yang bernama suami. "orang tahu cakap je..bukan depa nak bagi makan dan minum kami.." (dipetik daripada akhbar tersebut). Aku datang dari keluarga yang susah. Mak dan ayah aku kerja kampung. Pergi kebun pukul enam pagi, balik enam petang. Makan kami biasa2 je,baju yang aku pakai adalah baju sepupu2 aku yang dah tak digunakan lagi. Baju kami juga baju turun temurun. Masa harga kelapa jatuh mendadak, mak dan ayah aku pergi menjala ikan. Kami sarapan pisang goreng, tengahari ikan dan lauk yg dapat masa menjala. Tapi, mak dan ayah aku boleh membesarkan kami 7 beradik. Jadi, mana kebenarannya bahawa takde kerja yang halal kat dunia ni?tanya diri sendiri, muhasabah keputusan dengan iman dan hati. Selagi kita nak, selagi tu ada jalan. Jangan mudah mengalah. Jangan nak hidup senang sentiasa.

Dunia hari ini, anak murid sudah tiada rasa respect pada cikgu sendiri. Segelintir jela,kot. Cikgu tegur ko, ko belasah cikgu tu. Cikgu tampo ko,ko tampo dia balik. Yang parents pulak, panas telinga dengar anak cakap yang cikgu dekat sekolah tampo anak dia. Pergi sekolah, cikgu itupun ditempeleng. Kalau cikgu buat bodoh, parents salahkan institusi pendidikan dan sekolah sebab tak ajar anak dia.Ahai....Sungguhla bengap sesungguhnya . Apala yang cikgu tu boleh buat kalau macam ni la keadaan. Tak kesian ke kat cikgu tu. Most of teachers nowadays are suffering mentally. Jadi, korang dapatla cikgu yang hanya kerja sebab gaji, sebab dia dah malas amek pedulik dengan anak2 murid dia. Dulu, masa aku sekolah menengah, selalu je kena cubit+tarik telinga. Kena rotan dengan pembaris panjang*nostalgia duh* tanpa apa2 silap pun dah pernah. Kalau aku bagitau mak n ayah aku, mesti ni reaksi depa, "Padanla muka. Mesti buat salah. Ko buat salah apa?" Jadi,daripada bagitau mak n ayah aku, baik aku diam. Tau,budak2 sekarang lebih advanced. Anak2 sekarang perlu dijadikan kawan, bukan lawan. Tapi, janganla sampai memanjakan mereka. Jadi kawan,menyelami isi hati,bagi nasihat.

Ok2,cukup2la aku membebel tu. Rasa kecewa dengan penyataan dan perbuatan orang kini buat aku terfikir, apa yang bakal berlaku in the future??Anak2 aku macam mana nanti?Dapat ke aku jadi yang sederhana baiknya untuk masyarakat dan negara, dan dapat ke aku jadi yang terbaik buat kedua-dua ibu bapa aku dan agama islam yang aku sayangi ni??

Perlu tidur, recharge balik tenaga untuk hari esok. Yadda2..renung2kan dan selamat beramah..

29 January 2010

autolock:teknologi yang berbahaya

Amat bahaya. Siapa yang pernah terkunci dalam bilik stor yang dipenuhi dengan makanan dan rakan2 pada hari lahir anda? Siapa yang pernah terperangkap kat dalam bilik berkunci dan berasa relaks, orang yang panik adalah orang yang kat luar?? Baik,saya lah tu.

Nak kata takut dan risau, tak kot. Banyak kawan-kawan kat situ yang boleh diajak gelak sama-sama. Banyak makanan kat dalam tu yang boleh dijadikan bekalan sampai esok. Kalau pakcik guard bukak pintu dan nampak kitorang macam bersuka ria, mesti dia pikir, "hari ni april fool ke??"

Mulai hari ini, saya berjanji tidak akan menggunakan autolock untuk kelengkapan bakal rumah saya. Oh,sangat bahaya. Cuba bayangkan, kalau pada tika dan saat itu, saya keseorangan, tanpa telefon di tangan, tanpa rakan-rakan dan makanan, perkara apa yang bakal terjadi?Mungkin saya boleh jadi gila, atau mungkin juga saya bertukar menjadi cicak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Banyak kemungkinan yang bakal berlaku di situ.

Ingat-ingat balik, macam lawak je. Terperangkap di bilik stor?Tak pernah dibuat kot kat sini. Dalam lif pernahla *doa supaya tak akan berlaku kat aku.Tetiba teringat citer final destination*. Boleh gelak-gelak dan minum air. Okey what...kitorang tak panik. ahaha. lawak sangat ye, liyana.

Emmm,kalau kitorang pecahkan pintu pun, takpe kot. ^^

Nota kaki gajah : Kepada rakan-rakan yang baik budiman yang wish 'selamat hari jadi' dekat budak busuk ni, time kasih banyak2. Aku tak kisah kot kalau orang tak ingat besday aku, tapi,walau bagaimanapun, korang memang sahabat yang baik. Terharu sangat2. Jom, kite g makan! aku belanja enzim amilase, korang kuar duit. ok perr..

nota kaki anak gajah: hari ni saye g mengundi. tak tahu pun sape yang saya pilih. pangkah*ke tanda rait* sape2 yang saya suka.

25 January 2010

PADU 2010

Sungguh lama tak menaip laju2 kat blog ni. Jari jemari gemuk ni dah jadi stiff, menaip kena satu-satu. Blog dah bersawang dah pun. Ni semua sebab PADU. Oh, PADU..Aku tido lambat sebab kamu, aku kurang masa jawab AKW pun sebab kamu, aku gemok *fakta mengarut,memang realiti gemok* pun sebab kamo.

Tapi, jauh dalam hati, aku tak menyesal. Memang aku penat, memang banyak kerja lab aku tertangguh, tapi i still enjoy every bit energy i'd given, i still treasure the moment we practise, i miss the laugh and cry in the competition we had together.

Mungkin kemenangan kami di suku akhir menjadi pertikaian, tapi aku tak kisah dah. Aku tak pernah expect masuk akhir. Serius, aku sangat bangang dalam mereka pantun yang puitis. Teringat zaman dulu-dulu asyik kena marah. haha. Dapat masuk akhir?Kami sangat bersyukur. Tak mengharapkan jadi juara pun, yang penting, kami nak buat yang terbaik supaya orang yang melatih kami dan berlatih bersama-sama kami, serta mereka yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap kami tak kecewa. At least, we did the best. Mungkin ada salah sana sini * especially aku. Jawab tergagap-gagap macam budak darjah 8 belajar sepanyol, bahasa tak indah langsung * , but my mates* other pemantun,not including me* did the best they can.

Tipu kalau aku kata aku tak nak menang, tapi kita kena tahu tahap kita kat mana. Jadi, aku sangat bersedia dan redha. Yang lepas,lepaslah. Yang akan datang, buat yang terbaik ok! Kostum mesti gempak, ayat dan pembayang mesti power. Saujana boleh.

Thanks semua. Semua desasiswa adalah juara. Korang terer buat pantun spontan okey. Aku, disebabkan 2 orang pemantun*Xira n Kiah* tu bagus, dapatla backup aku ni ha. Yana, arigatou gak. XD

Cik Mat,En. Sofwan, Dr. Nasir, terima kasih. En. Sofwan, Dr. Nasir terima kasih gak sebab bawak kami dan belanja kami makan. Dr. Nasir, saya main-main je pasal pizza tu. :)

SAUJANA is the best!!!

*Mesti korang macam,"apasal budak ni? Peliknya." Harap diskip je pembacaan untuk penulisan pada hari ni. And kalau korang rasa nak baca apa pandangan aku terhadap pasukan lain and nak kutuk2 depa, sorila,salah site. PEACE :D *

ha, nak tau pantun jawapan aku yang sangat bangang??

Masak pisang bertandan-tandan,
Hidup subur sebelah sawah,
Teknologi kini tiada sempadan,
Pengajaran diberi terjalin ukhwah.

Oh, itu idea awal ketika membina pantun saat duduk kat kerusi. Masa bangun n nak start jual n recite pantun tu, gelabah and nervous bercampur terlupa secara tiba-tiba. Rasa nak menyampah pun ada. Jadi, keluarla:

Pisang masak bertandan-tandan,
Hidup segar sebelah sawah,
Teknologi kini tiada sempadan,
Ilmu diajar jalinan ukhwah.

Sangat berbeza. Ohhh...Shut upla Liyana. Main2 lagi ye. Emm, Restu tahun ni, props kat dewan budaya and gimik mereka sangat best. Siap ada Fedtri Yahya. Silapnya, kitorang tak bergambar dengan dia pun as bukti. haish Saujana, aku cadangkan buat ala kayangan. Jemput A.Samad Said, sasterawan negara tu. Perghh,gila gempak habis. Angan jela. Mana nak carik baju for tema kayangan? Ah! Boleh2. Kupakai baju sekolah, kupakai skirt jururawat, kupinjam khidmat jurumake-up opera, kupakai kasut pinjam anak sedaraku dan kubawa tongkat tak sakti, taraa! jadila tema kayangan. Heee~