18 April 2013

sesat dan menyesakkan.

Hari Ahad yang lalu menuju ke Pahang untuk mengumpulkan data-data petani koko. Sangat berdisiplin, bergerak tepat pada masanya. Perut diisi seawal 11 pagi, beg sudah dimasukkan ke dalam kereta. Bersemangat juga bila mana sim telah ditopup dengan perkhidmatan internet yang boleh digunakan selama sehari. Harapan dan kegunaannya? untuk GPS penunjuk jalan, agar tak sesat menyasar sampai kampung halaman.

Perjalanan hingga Bandar Sunway sangat lancar, menurut sahaja arahan GPS. Disuruh ke kiri 200 meter lagi, aku ke kiri. Disuruh ke kanan, aku ke kanan, hinggalah sampai ke kawasan perumahan orang-orang kaya berkereta besar yang hadapan rumahnya berjaga. Sudah berasa kurang senang, tetapi diturut juga kata GPS tidak bernyawa itu untuk masuk ke jalan kecik menuju rumah orang-orang itu. Ya, sampai melepasi pintu berpalang automatik itu. Sehingga aku perlu menuturkan kata-kata ini kepada pak guard yang berkawal, "Saya sesat, boleh saya nak pusing kat depan?"

Terus aku uninstall GPS dalam handset aku dek panahan senyuman ala-ala Salman Khan pak guard perumahan tu. Tidak akan kugunakan GPS dalam masa terdekat ini, tak sanggu dibawa ke jalan yang boleh menyesakkan perasaan oleh alat penunjuk jalan tu. puihhhhh..........

13 April 2013

LOgika


Dear movie makers and drama producers, please be logical and put some common senses in your stories. It is so depressing to see someone who is so dumb to run across the road without looking, which lead to a man being knocked down by the car for saving her, but unfortunately, the man is being left behind on the scene bleeding to death while she run away, looking sad and guilty, neither calling the police nor the ambulance. These events happen so frequently in movies and dramaland i even wonder are they really happening in real life? The humanity has diminished to the very thin.

Yes, i am talking about you, Lee Soon Shin is the Best.

And G.I Joe too. I am disappointed, regret of my decision to watch you. I should follow the path of OZ - the Great and Powerful than being deceived by the handsome Chaning Tatum who died very early. Though Oz is about mystical creatures and fairytale (means not that logic la), at least, the so-called hero survive till the end.

Checking literature review and questionnaire suddenly takes more time than it should be.pffft.

10 March 2013

Bersangka baik

Tajuk pos yang seperti kebiasaannya tidak lebih daripada 3 perkataan. Tak menarik. Bak kata cikgu yang pernah mengajar buat blog dulu, tajuk juga memainkan peranan penting dalam menarik trafik datang ke blog kita, bukan isi sahaja. Kalau isi sudah bagus, tetapi tajuk tidak ada ummph, pun tidak boleh juga. Bukan semua bertindak "Don't judge the book by its cover."

Sebab lumrahnya manusia suka akan sesuatu yang menarik dan cantik pada lahiriahnya. Baju mahu yang cantik- cantik. Rumah mahu yang besar dan selesa. Suami atau isteri  yang sedap mata memandang, iaitu cantik dan kacak. Kalau mampu, biarkanlah di beli rumah atau kereta yang besar itu. Kalau sudah jodoh, doakan masjid yang dibina bahagia. Janganlah pula bersangka yang bukan-bukan.

Bersangka baik atau husnuzon ni banyak kelebihannya dan sangat dituntut. Berapa banyak persahabatan yang musnah disebabkan prasangka buruk dan aktiviti cucuk-mencucuk syaitan bertanduk? Berapa banyak rumahtangga bergolak disebabkan sifat berprasangka ini? Berprasangka buruk seperti membuat fitnah kepada seseorang yang tidak bersalah. Mengatakan yang itu dan yang ini sekaligus mempengaruhi rakan-rakan di sekeliling.

Bayangkan situasi ini. Pak Dollah mempunyai gerai makan yang sudah diusahakan selama 3 tahun, tetapi baru-baru ini, perniagaannya yang dulunya hidup segan mati tak mahu tiba-tiba menerima keuntungan yang berlipat ganda. Ali, seorang lelaki marhen di kampung itu berasa pelik dengan keadaan tersebut, lalu terluahlah kata-kata ini kepada rakannya Abu, seorang penggaji awam berkolar putih. " Aku rasa, Pak Dollah pakai penarikla. Tengok kedai dia, tiba-tiba je ramai orang makan." Abu yang mendengarnya mungkin akan mengiyakan kata-kata Ali lalu menyebarkan kata-kata itu kepada rakan-rakan yang lain. Nah, betapa besarnya kesan prasangka buruk Ali kepada Pak Dollah, sedangkan Pak Dollah mungkin telah membaiki strategi perniagaannya dan menukar tukang masak baru yang lebih berwibawa.

Masalah ini telah membelenggu masyarakat kita buat sekian lamanya. Kalau situasi ini tidak diubah, maka berpecah-belahlah umat Islam. Sukar untuk kita maju ke hadapan. Ditindas dan diperlekehkan oleh orang lain. Mahukah kita diperlakukan seperti badut?

Bukan tidak boleh berprasangka buruk, tetapi biarlah bertempat. Perkara-perkara maksiat, jangan pula berbaik sangka. Jikalau sudah terang yang seorang Islam itu melakukan kesalahan seperti berjudi, jangan pula husnuzon.

Kesimpulannya, bersangka baik pada perkara yang sepatutnya. Jangan diikut bisikan nafsu dan syaitan, kerana hanya Allah yang tahu apa yang ada pada isi hati seseorang. Dan sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorang, risik, kaji dan cari maklumat mengenai sesuatu.

Peringatan ini adalah untuk saya yang sering khilaf. Bilamana hati ingin berprasangka buruk kepada keluarga, rakan, dan saudara sendiri, saya harap saya boleh selak kembali tulisan di blog ini dan mengingatkan diri akan buruknya sifat itu.

Wassalam.

P/s: Permulaan dan pengakhiran yang pelik kerana kesinambungan yang bercampur-aduk (berfoya-foya)

27 February 2013

Berubah

Meter kereta menunjukkan tanda kelajuan sudah mencecah 90km sejam. Namun, apabila ada kereta yang lebih laju mendesup memotong tanpa memberikan sebarang isyarat, dek kerana geram, ditekan pedal minyak naik ke 110km sejam. Tidak dikira keselamatan diri. Darah muda yang panas membara diikutkan, lalu berlakulah perlumbaan jalanan yang tidak memberikan apa-apa kesan melainkan keburukan sahaja.

Kejadian lain, sebuah kereta mewah tiba-tiba masuk ke laluan sebelah kanan tanpa memberikan isyarat lampu menyebabkan pemandu di belakangnya terpaksa menekan brek secara mengejut. Lalu berlakulah ngomelan tidak enak dilemparkan kepada pemandu kereta mewah tersebut yang mungkin pada dasarnya adalah bijak pandai jika dinilai hanya dari kereta yang dipakai.

Benarlah kata orang ke kata aku yang perangai orang itu akan berubah apabila tangan yang dua itu memegang stereng kereta. Kalau di luar kereta, perangai lemah lembut, sopan santun, baik budi pekerti, pendiam sahaja. Tapi bila sahaja stereng berada di genggaman, terbang semua nilai-nilai murni itu dihembus angin kencang yang masuk dari tingkap kereta. Terus hilang tidak terkesan. Bolehkah dinilai seseorang itu melalui pemanduannya?Hmmmm....teringat kata-kata seorang penceramah di tv. Seorang yang baik dan beriman, walau di mana sahaja berada, beliau akan sabar menghadapi setiap keadaan yang melanda, hatta di dalam kereta seorang diri pun.

Jadi, jikalau nak marah bilamana ada kereta yang sesat nak masuk line anda, silalah berfikir 5 sebab kenapa nak marah, dan kemudian fikirkan kembali, mungkin kita pernah berbuat perkara yang sama kepada orang lain. Bak kata Prof Muhaya, cuba muhasabah diri balik apabila kita dikelilingi orang-orang yang negatif. Mungkin kita sendiri yang negatif. Dan paling penting, bila nak marah, ingatkan diri, kalau Rasullullah s.a.w ada di samping kita, sanggupkah kita menunjukkan sifat mazmumah tersebut? Mesti langsung tak sanggup kan.

Sekarang sedang berusaha dengan giat untuk mengurangkan kecaman-kecaman hebat kepada pemandu lain, sebab bila memandu berseorangan, membebel sendiri seperti orang kedua yang menemani. Balik ke kampung kelmarin, saya menjadi orang yang sedikit sahaja baik. Moga berterusan, insyaAllah :)

Eh, kan dah cakap rajin nak balik kampung walaupun projek tak mula lagi.

24 February 2013

Rajin

Rajin ini sifat mahmudah. Lawannya malas. Kemalasan itu adalah satu virus yang kalau dibiarkan boleh merosakkan diri. Ye, sifat yang secara amnya ada pada setiap orang. Yang membezakan sama ada sedikit atau banyak.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Internet tak rajin nak beli dan bukak kamus besar tu oiii , rajin bermaksud tekun, bersungguh-sungguh, gigih dan giat. Contoh ayat untuk perkataan rajin tersebut adalah: Norliyana seorang budak yang rajin. Dia sangat ringan tulang dalam membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Perkataan yang dihitamkan itu adalah perkataan yang digunakan untuk hari ini. Manakala perkataan yang disengetkan adalah peribahasa yang boleh digunakan hari-hari. Bahasa Inggerisnya, rajin dapat diterjemahkan kepada hardworking, diligent, industrious. Ini semua boleh dirujuk ke laman web makcik merriam. Ate, kalau bahasa inggeris tunggang langgang macam mike, kenela bukak juge.

Oleh kerana hari ini berasa terlebih rajin, saya telah mengemas apa-apa yang patut kat blog ni. Ye, dulunya sangat comot, caca marba, tapi sekarang, sudah kurang sedikiiiit kecomotannya. Ada tulisan-tulisan yang serasanya perlu dibuang dan dinyahkan terus dari alam maya ini, tapi perasaan sayang membelenggu diri. Rajin juga hari ini apabila membuat keputusan untuk menggerakkan jari-jari yang dua ini hanya dua sahaja yg digunakan untuk menaip dan membuat pos mengenai betapa rajinnya saya pada hari ini. Tidak, bukan riak atau takbur. Jauh sekali. Rajin juga apabila  berusaha membersihkan folder-folder dalam laptop dan menamakannya semula untuk kemudahan masa hadapan.

Tepuk bahu sendiri kuat-kuat sebagai motivasi diri untuk menjadi lebih rajin. Tepuk bahu sendiri kuat-kuat lagi untuk bangun dari couch dan isi borang yang perlu dihantar esok dan menyusun baju. Kata rajin nak balik rumah minggu ni.

Sekian.

06 October 2010

Sinis

Achoo~!!! Maafla, hidung tak berapa nak sihat, asek kembang kempis je. Ni semua penangan angin laut dan ombak besar serta pasir mencoklat langsat Teluk Batikla ni. Takpe2, aku akan tetap terus menekan kekunci laptop ni dengan bergaya walau ada bendalir yang mengalir menuruni rongga hidung terus ke pos ni. *Lap-lap.*

Waktu zaman kita masih-main kawen2 dulu, cikgu kelas selalu tanya kita apa cita2 kita bila besar nanti. Jenuh mengisi borang tu tiap tahun. Sebelum isi borang, siap tanya kawan ko nak jadi apa. 'Eh, polis aku pun nak jadi polis gakla, tapi mak aku suruh aku jadi doktor bila besar macam mane ni,ala-ala.' Bila cikgu suruh cakap depan kawan2 kat depan kelas cita-cita kita tu, mulalah. 'Em, saya,em,saya,em,nak jadi, em,em,*sambil tengok lantai dan kuis2 sampah ngan kaki* doktor.' Dengan tocang rambut kiri kanan, anting-anting sepanjang-panjang, cikgu itu mendapat gambaran masa hadapan yang budak itu bakal menjadi model.

Tak ramai yang bercita-cita menjadi ahli politik, kan? Jadi, bagi menyahut seruan diri sendiri yang tak bekerja ini, saya dengan ini mengisytiharkan cita-cita saya sebagai ahli politik. Bagi melatih gaya bercakap dan bahasa pertuturan saya agar lebih mantap, saya sudah menyediakan teks ucapan pemilihan saya. Cita2 kena tinggi, angan2 kena membukit, ayat kena mengancam.

"Tuan2 dan Puan. Undilah saya, calon terhebat masa kini yang sangat sesuai dengan peredaran zaman globalisasi ini. Tuan2 dan puan2 pasti tidak akan ketinggalan dengan berita2 terkini lagi sensasi serta gosip2 pns artis. Saya suka benar memburuk2kan orang lain. Bukan takat orang lain saya burukkan, saya sendiri pun kadang2 tak terlepas dari pemberu,eh pemburukan itu.Tidak seperti calon lain yang menaburkan janji manis, saya tak akan bagi apa2.Tapi, kalau encik2 nak jalan baru, tahun depan undilah saya lagi. Saya akan makan gaji buta sahaja. Saya berterus terang ni bukan nak kata apa, saya takmau makan duit curik. Ni saya dah bagitau, harapla encik2 semua faham. Barang2 akan saya naikkan harga agar encik semua berjimat cermat. bukankah berjimat cermat itu bagus?Jadi, undilah saya wahai encik2 sekalian. Tidak rugi rasanya. Oh, jikalau tuan2 mahu melihat artis tuuut di kawasan kita ini, encik2 memang perlu mengundi saya. Artis tuuut tu dah janji, kalau saya jadi yang berhormat kawasan kita ni, die akan kahwin saya."

Eh, ni siapa punya teks ni. Aku tak tulis teks ni. Woii, teks ucapan siapa ni. Baik mengaku cepat!! Achoo~!!! Ops, maaf. Terkena mukus saya. Sikit je ni. Achoo~!! Maaf2, nanti saya taip balik.

p/s: Penat bercanda di Teluk Batik belum habis lagi, jadi, walaupun tadi bercadang nak buat pos pasal TB, terus xjadi. Mood TB itu belum hilang, jadi takleh kongsi ;P


03 October 2010

Kerja Oh Kerja ohh~~

Bulan Oktober sudah datang menjelma.Bulan Syawal bakal berakhir seminggu lagi, tapi aku masih terperuk di rumah. Bukan tidak mahu keluar bekerja membanting tulang, tetapi apakan daya, kerja yang diminta dan dinantikan tidak kunjung tiba. Posmen seperti tidak mahu menjengah pintu rumah aku. Tahulah aku tak hidangkan ribena atau sarsi, hanya segelas air sirap ros merah. Sirap lain tak best. haiii~~~

Pos saya bulan ini nadanya melankolik sedikit, sesuai dengan keadaan diri yang kusut masai dan serabut serabai. Air pili takde hari ni, cume guna air kolah je. Sejuk. Jadi, malas mandi lalu jadilah kejadian yang kusut masai itu.

Entahla, bukan tak mencari, bukan tak mengisi, mungkin cuma rezeki belum ada. Enche Azim sudah mendapat kerja sebagai field biologist di melaka. Kurangla sorang kawan aku yang menganggur dan kurangla satu pemohon dan calon yang bakal mengisi jawayan kosong yang ada nanti. Lalu, kebarangkalian dan peratusan untuk aku mengisi tempat tersebut akan naik 0.001%. Wah, bagus itu. Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada enche azim atas pelantikannya.

Dengan semangat mahu bekerja dan mencari duit tambahan untuk berkahwin, eh, mengisi poket yang hampir berdebu ini, aku dengan berani dan semangatnya mahu ke Career Fair kat Key Ell minggu ni. Konon nak carik kerja yang bersesuaian. Mintak permisi/ izin dari ayah nak pergi, ini jawapan beliau. " Buat apa kerja makan gaji. Baik kerja sendiri. Duduk rumah. Ayah boleh bagi ko rm300 sebulan. Takyah carik kerja. Nanti reban ayam satu lagi tu siap, ko jaga." Okey, jangan blame saya kalau saya masih di depan komputer ini menaip pos ini. hahaha~ luv u daddy <3
p/s: pos hari ini dibuat dengan tujuan ingin mengelakkan tikus dari bersarang di sini. Cik Mash suruh kemas, polish dan jaga sikit blog ni. hehehe~