15 August 2013

Introvert atau Extrovert???

Entah mengapa setelah penat bergelak ketawa dengan rancangan kepelbagaian (variety) Korea Barefoot Friends, aku terfikir mengenai personaliti diri. Apakah karakter aku yang sebenarnya? Apakah sikap aku membahagiakan orang sekeliling aku atau sebaliknya? Walaupun ada rakan-rakan yang jujur (dan personaliti kedua diri sendiri) pernah memberitahu aku yang aku adalah jenis yang begini begini begini, aku tetap rasa, "Arghh...aku perlu mengambil kuiz untuk membuktikan siapa aku sebenarnya."

Emm...sebenarnya memang perangai suka buat kuiz yang seakan-akan begini.

Secara tidak dapat diingat kembali kenapakah trait ini yang dipilih, aku mencari kuiz 'Introvert or Extrovert' yang memang berlambak di laman sesawang setelah sahaja menekan butang google search. Penuh ketekunan dan kefokusan menjawab soalan-soalan tersebut. Jawapan akhir yang diberi adalah "You are more to an introvert person."


Introvert- seseorang yang suka akan kehidupan yang damai dan sunyi, jauh dari hiruk pikuk bunyi-bunyian serta gemar bersendirian. Bukan tidak gemar bersosial, tetapi orang seperti ini lebih gemar melakukan aktiviti yang tidak memerlukan pertemuan dalam kumpulan yang besar kerana ia mengurangkan tenaga dan meletihkan mindanya.

Satu tanda tanya berlegar di kepala, benarkah aku ini seorang yang introvert? Kerana - Introverts make up about 60% of the gifted population but only about 25-40% of the general population.

Kembang hidung, berbunga hati sekejap. Kita sambung tengok Naruto pulak. Ilmiah,ilmiah. Hur,hur,hur.

2 comments:

efahanim said...

part ilmiah tu yg penting..eh, assalam, lama xjumpa yanut

liyana-san said...

Waalaikumussalam epa. lama juga tak jumpa. masih di upm kah? kenapa tak pernah berlanggar bahu di mana2 sedangkan bukan jauh mana pun. haha