09 May 2013

Perkongsian

Aku harap Mark Zuckerberg boleh bina aplikasi share yang bila sahaja mereka yakni orang-orang mahu berkongsi gambar, pendapat, dan cerita perlu menjawab soalan susah panjang berjela. Hal ini membolehkan orang-orang tersebut berfikir secara masak-masak sebelum menekan butang share serta bagi memastikan mereka di tahap rasional yang tinggi.

Aku semak tengok orang share benda yang tak pasti tapi dok marah sana-sini macam perkara tu dah benar melainkan yang benar.*cough,rotigardenia,cough*.

Titik.

*tiba-tiba emosional* - eh, aura negatif. Bukan, bukan. Bukan marah, tapi mahu kita jadi bijak sikit bila kongsi berkongsi ni. Macam kongsi masalah, takkan nak suka-suka cerita kat semua orang yang ko pernah tertekan dengan perlakuan kawan bilik yang kentut kuat dalam besin. Mesti tak mau kan....

No comments: