05 January 2014

#050114

Tahun bersilih ganti, adakah resolusi diri masih ditakuk lama? Sudahkah berubah ke arah yang lebih baik? Atau masih seperti dulu? Melayan internet sampai tidak sedar masa berlalu, menonton drama dan movie sampai berjam-jam lamanya, menggaru-garu kepala yang gatal dan berfikir kosong. Kemudian, menerawang sendiri kenapa perlu dilakukan semua itu, dan kitaran yang sama, perkara yang sama, soalan yang sama akan dilafazkan.

Sudahlah anda, pembetulan kertas itu perlu dibuat. Khabarnya mahu mula mereka dan menulis tajuk untuk proses pembelajaran yang seterusnya. Jikalau sanggup mengambil risiko dan jalan tersebut, perlulah lebih fokus. Perlulah lebih kuat semangatnya. Perlulah lebih bijak pendapatnya. Perlulah lebih matang pemikirannya. Bukan hanya memandang sepi lembaran buku yang tersusun rapi di tepi meja itu, tidak juga mengeluh tatkala membaca bait-bait tulisan sendiri.

Pos-pos awal tahun memang begini ya caranya? Konon mahu berubah, tapi akhirnya, masih ditakuk lama. Kita tengok pos awal tahun depan, bagaimana rupanya. Dan, tajuk pos dan aku adalah perkara yang tidak sehaluan. Kerap mempunyai pendapat dan isi yang berbeza.

Because I'm living with two different person inside.

No comments: